Tips2 peperiksaan 2



KESILAPAN YANG KITA TAK SEDAR BILA JAWAB EXAM..



  1. Over confident terlalu tinggi
  2. Menjawab soalan yang diketahuin bukan mengikut kehendak soalan yang dikehendaki
  3. Tulisan yang tidak kemas
  4. Tergesa-gesa
  5. Soalan belum hbis baca tapi dah jawab
  6. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
  7. Panik yang tidak terkawal
  8. Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap gagal
  9. Menukar pilihan jawapan pada saat akhir
STRATEGI MENGULANGKAJI DIHARI PEPERIKSAAN

  1. Beritahu ibu @ ayah @ penjaga
  2. Pohon restu
  3. Menghadap kiblat
  4. Niat dan lafaz doa
  5. Amik masa yang tak terlalu lama sebab otak pun perlu masa untuk rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya
  6. Mengamalkan teknik scanning ( menyemak /melihat setiap muka surat secara sambil lalu )
  7. Tamatkan mengulangkaji dengan membaca doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan
  8. Sudahkan dengan membaca Tasbih kafarah dan surah Al-asr bagi yang beragama islam
CARA MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF 

  1. Tunggu  sehingga soalan diberikan
  2. Jangan buka  soalan sehingga diberitahu
  3. Dengar dengan teliti oleh arahan ketua pengawas
Apabila masa menjawab telah bermula

  1. Baca kalimah Basmallah   
  2. Buka buku soalan ( kulit la kan ) then baca soalan betul-betul @ teliti
  3. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
  4. Hitamkan jawapan yang telah dipilih dekat kertas OMR yang telah disediakan sekiranya ada la kan..
  5. Kalau jawapan salah dan inginkan jawapan yang,pastikan pdam jawapan yang lama dan hitamkan jawapan yang baru
  6. Semak semula sekiranya selesai menjawab
  7. Sekiranya ada rasa keraguan dengan jawapan yang telah ditanda,maka kekalkan jawapan yang asal la kan..tak gitu ke..
  8. Tawakal kepada Allah sekiranya masa menjawab telah tamat.
TIPS PENTING
  1. Tinggalkan soalan yang tak paham (  korang bulatkan je dulu soalan susah tu,buat soalan lain plak )]
  2. Buat soalan yang senang dulu
  3. Dengan cara yang ni akan dapat menjimatkan masa
  4. Kembali pada soalan-soalan yang belum jawab sekiranya tinggal soalan yang susah belum jawab
  5. Sekiranya ada keraguan atau tension dengan soalan yang jawab tu,lebih baik bertenang seketika

PESANAN PENTING

  1. Sentiasa peka ngan masa yang telah diberikan atau yang telah kita ketahui
  2. Pastikan menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaiknya
  3. Jangan nak ngade -ngade buat perkara yang x berfaedah macam melukis la,tidor la,ke tandas la,
  4. Hargai peluang yang diberikan

Buat masa ni..ini yang dapat dikongsikan..lain hari lain masa kita akan share lagi dlam perkara2 yang berfaedah ye kawan2..Tips2 yang cuba yang disharekan td rasanya boleh diguna pakai untuk plbagai lapisan rasanya..x semestinya untuk pelajar sekolah sahaja kan..

Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

" SEGMEN Serius , Blog Ini Menarik Perhatian Aku ! "



hambek kow kali aku nak join segmen cik lisa plak..cm best je segmen nie...hihihih...
korang lau nak join ni klik cnie tau....jgn lupa plak folow cik lisa ni..tak folow i cubit kang hahahah

link yang sy suka 
jeng jeng jeng 

kenape sy sukew blog cik lisa ni?
mesti la sebab beliau la bnyak ajar toturial blog n dalam mase yang sme telah mengensemkan blog sy yang tak bape hensem ni....sy silent reader die hihihihi
pas tuu blog die ni sngat syiok la...

pe sebab sy suka blog ni??
mesti la blog ni cun....jgn kembang ye cik putry weksss...
entry pun sngt menarik...menarik ke?? haahhahahaha
and die ni sejak kebelakangan nie selalu join segmen
i dont know y...huuhu

haa ni lagi blog aku ckup suka..selalu bcew blog nie
banyak knowledge yang aku dpt dr sni...hihihi


soooo blog yang menarik peratian aku adalah 3 blog di ats hihihii
chillll
eh lupe nak bg tau for yr information cik lissa sy dah like fanpage nie
ihihih


Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Segmen Jom Tambah Follower



td jalan-jalan aku ni lau nak tau silent reader hihih..pas tuu terjumpa satu blog nie die adew wat segmen la...dalam ati aku berkatew 
eh ehhh die wat segmen menarik la...memandangkan pengikut setia aku tak berapa nak ramai lg..mungkin cra nie trafik blog aku meningkat insyaaallah itu yang aku selalu doakan..
bg aku segmen ni sangat bagus bagi blogger yang macam aku nie...yang baru nak mengenali dunia berblogerlan nie hihi..

haaa korang if nak join segmen nie korang just klik ni
ble dah klik tuuu sila folow beliau..if tak folow haishh nak kene ni..hikhikhik

sekian terima kasih....
lalalalalaalalalalalalalalalalalalaalalalaal
weksss




Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…




haa korang dah jawab salam lum ni?sebelum bacew entry ni jawab salam lu ea...hihii...
kat sni aku de sedia kan beberapa tips untuk cemerlang dan persedian mengahdapi peperiksaan terutamanya bg student yang nak ambik exam UPSR, PMR, SPM, and STPM pun blh gune tips yang aku bg ni...




1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


6. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan korang sekarang ? Adakah korang sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama aku hihihihi
tips ni aku ambik kat sini....korang picit ni
pd adik-adik yang nak menduduki exam tuuu amalkan tips nie k....insyaallah A dalam tangan korang ..good luck..





Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Alhamdullilah sampai gak 50




haaaa korang mesti tertanye2 kan pe pasal smpai gak 50....
sape yang tertanye2 tuuu baik korang angkat ketiak?? hihihi eeee....wekssss
sebenarnye aku nk citer sal folowers kat blog aku nie akhir nyew mencecah gak angka yang 50..lebih 50 plak tuu...


emm suka nyew aku..smpai malam nie tak mbooh nak titon malam..
lau korang tak cayew folowers blog nie cecah 50 tengok la bawah tak pun tengok kat side blog aku...hahhhhhh pe lg pandang la bawah ke tepi ke..


aiyoooooo ihihihihih jgn marah gurau je ea...hiihih





ja ja jangggggg hihihihihi <syle korea bile de kejutan> emmm kepada folowers sangat jutaan terima kasih ea...tanpa korang sape la aku..ye dak???
ahhhhh diva la kan hahahah 
mengarut dah...k la yang mne yang tak folow blog nie folow la pas tuu tinggl kan kesan korang...
nt aku akn folow balik smbil komen mengomen hihihi 
tengkayuuuuuu





Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Blogger! Jom Kenal



tadi dok main-main kat blog orang sambil tuu jd silent reader...pas tuu terjah plak blog cik genk nie....
wahhh memang sangat menarik "segmen jom kenal" jd aku pun nak join gak segmen Bloger! jom kenal..hihih

eh lupe nak bagi tau kepada yang nak join segmen nie u all boleh la folow blog cik genk ni ..nak join ni mmg wajib folow blog cik genk..aku pun folow gak blog cik genk ni..tp baru folow je hihihi

pas tuu tajuk entry u all mesti la tajuk ni ea Blogger! Jom Kenal haa nampak tak aku dah besar kan font tuu hihih kalau tak nampak pakai sepek mata ea..korang jangan lupa plak letak banner yang cik genk wat kan tuu...pas tuu letak la link segmen cik genk ni haaaa

citer la skit sal latar belakang korang sal blog korang ea...dah setel seme syarat-syarat nie korang leh bagi link korang kat cik gek corner....korang klik je cik genk corner ni
tarikh tutup  22 oct 2011 11.59pm


Latar belakang aku

aku wan mohd azril bin wan abdul rahman
asal terengganu besut
umur aku 22 thn
aku baru je nak tau sal selok belok blog
blog aku ni sal life aku..and bnyak citer sal students kem yang penah aku libat kan diri

haaa pada siapa2 yang berminat ngan segmen nie koran jang lupe folow cik genk ea...tq...hihihi

Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Berhenti rehat Seketika


Selepas ini aku akan berehat dari bercerita atau menai kat blog ni dalam masa beberapa minggu..tapi blog ini tidak akan senyap camtuje sbb orang yang aku sayang akan mngambil alih buat seketika...Ak buat blog ni pun sbb x ley nak tido,lau ikutkan letih badan n mata jugak sebb pagi tadi aku ke Skolah Mnengah Agama Al-Mahmudi di Chenor bersama rakan IM Nuri dalam slot motivasi yang diberi tajuk "Pecutan Akhir " bagi pelajar2 yang akan mngambil peperiksaan PMR 4.oktober.2011,disusuli dengan ppriksaan SMA pada 21.oktober.2011 dan SPM pada 14.november.2011..skolah ni x d student STAM n STPM..so x tahu la bila kan..yang ak tumpang bangganya ialah pada pgram kat skolah ni,ak ase kali ini lah yang paling ramai nangis..bukan setakat students yang nangis,cikgu2 laki n prmpuan pun turut nangis..ad lagi..mak ayah un nangis jugak law nk thu..






sory tangan gatal nak letak pic ni..hihihi






.mmg pilu la suasana masa tu..tapi ak makin bersemangat mainkan lagu yang sedey bagi menaikkan lagi suasana sedey masa tu..tapi biasanya students2 yang nangis ni kejap je..alah,cam aku jgak dulu,tapi skunk baru terfikir nape la ak main2 dulu kan..tapi alhamdulillah,walaupun aku main2 dulu dngan tidak mndapat kan kputusan yang cmerlang dpt jugak ak berada pada thap skrang dengan dpat pergi ke sekolah2 untk mmbri kta2 semngat kpd pelajar2 ini semua..ak x nak tgok bnd yang ak alami,pelajar2 sume ni alami jugak..ehhhh..lebeyh2 plak kan..



~~~dengan anwar~~~




~~~dengan dasuki~~~




~~~yang belakang tu Daud, dasuki and yang sebelah dasuki tu x sure la~~~
<korang nie bukan en azril yang masukkan pic nie tau tp hamba yang comel..nk tau ngan lebih lanjut klik link ni ea...http://luahanhatiseoarangperempuan.blogspot.com/


kenangan kem lonjakan dirimu bersama imam muda nuri






Lepas pada hbis pgram kat sini aku ke kl plak teman si member ak IM Nuri ni jumpa ngan somebody atas urusan kerja,so..aku ikut jela..sepatutnya aku balik kampung pada hari jumaat tu sbb dah janji ngan parents nk balik..tapi pekan daya,mmber punye pasal..ckp smula kat parents x jadi balik arini..balik esok pagi..makneny pg nnt la kan..hehhe..Ikutkan balik minggu hadapan sebab ada kenduri kahwin anak kepada mak ngkat ak yang jaga aku dari kecil,tapi dan dan je lcturer tmpat ak belajar buat test pada hari jumaat,sabtu n ahad iaitu hari aku nak balik yang aku dah janji 2 bulan dulu ag..pe kebenda la buat ujian hari cuti.






.macam x de hari lain nak buat ujian..nsib baik ak mikirkan sal masa depan..masa aku dapat tahu ade ujian pada hari aku nk balik tu..punye la tension gilerr..so,sbb tu ak terpaksa balik minggu ini utk jumpa ngan bakal pngantin n mak angkat ak utk mnta maaf sbb x dpt dtang..kalau korang dah rancang awal2 nk balik kg ad kenduri yang kita rapat bengang tak lau jadi cam aku..mesti korang bengang gak kan..tapi nak buat camner..bnd nak jadi..terima jela kan..
Dah meleret-leret citer ak ni..padahal nak bgth sal nak berehat utk beberapa minggu jekan..ni sampai hbis cerita aku kluarkan..hehehe..tula..aku ni pantang ad benda nak share,msti bgth terus.hehehehe..




umi tambah : sesuatukan korang haha :P

Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Kisah sedih..korang bacew la kisah nie.. @_@


 Hye semua..lame ak x update blog ni kan..ni pun hanya nak isikan masa luang je..tapi yang aku akan ceritakan jap lagi bukan cerita tentang aku sngt pun..cuma ak nak kongsikan je ngan korang semua...Tak tahu kenapa ak menangis taw bile baca kisah yang aku akan kongsikan ngan korang ni..x kisah la walaupun korang dah baca sebelum ni kat mna-mana pun kan..aku nk share jgak ngan korang..
korang baca taw kisah ni..sedih tul...



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah kepada adik Iqbal Fareen Hamdan


Terima kasih kerana sudi baca entry Areyl.. Like jika suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...